Categories
IMPROVE YOUR BUSINESS RM SHARE

8 RESEPI BISNES KECIL MESTI BUAT SEMASA MUSIM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

RM rasa terkilan macam nak gigit bucu bantal sebab terpaksa tutup satu bisnes bila sumber bekalan terputus. Itu belum lagi bisnes kecil yang sudah ada pekerja dan team. Rasa juga kusut nak jaga pendapatan mereka.

Keadaan ini mungkin berpanjangan sampai boleh buat bisnes kecil tutup bila tidak bersedia. RM nak kongsi 8 resepi yang u gaiss mesti buat masa musim perintah kawalan pergerakan supaya tidak pengsan berguling-guling sebab kebosanan di rumah.

1 . Rajinkan diri sertai kelas online.

Ada banyak kelas online berkaitan bisnes sedang diberi percuma atau berbayar secara online pada musim perintah kawalan pergerakan. Pastikan u gaiss tambah ilmu baru supaya dapat beri gaya baru lebih segar pada bisnes selepas musim perintah kawalan pergerakan berakhir.

2. Cantikkan sosial media bisnes.

Keadaan mungkin agak sibuk sebelum ini. Ambil peluang IMPROVE cantik lagi sosial media bisnes kita atau boleh dapatkan nasihat dari yang pakar supaya dapat lihat dari sisi pandangan berbeza dalam jemput ramai pelanggan ke sosial media kita.

3. Kumpul silaturrahim pelanggan.

Pelbagai cara yang kita boleh cuba bila nak kumpul silaturrahim dengan pelanggan. U gaiss boleh kumpul email, telegram atau whatsapp supaya dapat terus kekal bersilaturrahim dengan pelanggan.

4. Buat aktiviti online.

Mesti guna peluang musim perintah kawalan pergerakan untuk buat banyak aktiviti bersifat online sebab memandangkan ramai pelanggan sedang berada di rumah. Sudah tentu mereka boleh beri komitmen sertai aktiviti online kita seperti live, contest atau give away.

5. Tambah testimoni baru.

Sudah masanya kita lihat balik perbualan atau gambar feedback dengan pelanggan yang sebelum ini. Percaya dengan RM. Mesti ada testimoni yang terkumpul tapi kita tidak sempat nak susun dan kongsi semula pada pelanggan baru.

6. Hello Hello pelanggan.

Siapa yang pernah ke seminar RM mesti terbiasa dengan ayat Hello Hello Pelanggan. Kita hubungi pelanggan secara bertulis tentang aktiviti bisnes kita supaya pelanggan kekal ingat pada produk atau khidmat kita. Beritahu bisnes kita masih hidup walaupun sedang dalam perintah kawalan pergerakan.

7. Onlinekan bisnes.

Mesti banyak bisnes terkesan bila terpaksa kerja dari rumah. Lihat balik semua aktiviti bisnes yang boleh dibuat secara online. Anggap perintah kawalan pergerakan sebagai latihan pertukaran gaya bisnes. Elak terkejut pula bila bisnes secara online lebih laju dari gaya bisnes yang lama.

8. Sertai silaturrahim bisnes.

Orang bisnes sahaja faham cabaran bisnes. Ada banyak bisnes yang sedang cari kerjasama pada musim perintah kawalan pergerakan. Guna peluang ini supaya dapat jumpa silaturrahim ekonomi yang saling bantu – membantu tak kira sama industri atau berlainan industri. Niatkan Lillahitaala.

Kita sentiasa belajar sesuatu yang baru bila setiap kali diuji dengan cabaran. Terus cari kebaikan dalam cabaran sehingga sampai tahap kita boleh kongsi kebaikan. Semua kebaikan bermula dari diri kita tanpa kira situasi yang jadi tembok sekatan seperti perintah kawalan pergerakan hari ini.

“Terus kuat bermanfaat.”

SHARE

Comment