Categories
IMPROVE YOUR BUSINESS RM SHARE

NAK JADI INFLUENCER ? TENGOK 7 TIPS INI.

Nak jadi influencer ? : Tengok 7 tips ini.

Zaman digital hari ini, nak jadi influencer adalah kerjaya yang popular di kalangan anak muda. Sebagai seorang influencer, you ada kelebihan bentuk minat pendapat dan tingkah laku follower you.

You boleh guna media sosial dengan kongsi minat pendapat you, bergabung dengan silaturrahim kawan baru dan juga tambah rezeki. Namun, you nampak ke nampak begitu ramai orang bersaing nak dapat perhatian di media sosial?

Bagaimana you boleh jadi influencer yang berjaya? Jom tengok tips yang RM nak kongsi bersama you. Ada 7 semuanya. Guna dengan sebaiknya ok. Promise? Ok good.

Selam minat. 

Langkah pertama nak jadi influencer adalah tahu apa you punya minat. Selam minat you dengan tengok topik-topik apa yang you suka tengok atau baca? Apakah bidang kepakaran you? Sangat penting pilih minat yang you suka dan ada kemahiran dalam bidang tu. Dari situ bantu you dapat kongsi konten yang menarik dan bina follower yang sama minatnya.

Suluh nilai unik. 

Apa beza you daripada influencer lain dalam minat yang sama? Apa yang unik tentang pendapat atau kemahiran you? Suluh nilai unik you supaya bantu orang nampak nilai unik you dan tambah ramai follower baru dari situ. Elak malu sampai buat orang tak tahu kelebihan you yang dapat bantu mereka.

Serlah identiti. 

Identiti kita bukan sekadar nama dan gambar profil. Percaya dengan RM. Identiti kita lebih luar biasa dari itu seperti sikap, perangai, personaliti, kepercayaan dan etika hidup kita. Serlah identiti kita dari dunia nyata ke dunia virtual secara konsisten supaya dapat jadi inspirasi pada follower baru.

Singgah sosial. 

Media sosial adalah tempat utama untuk kerjaya influencer. Kenal pasti media sosial yang paling sesuai dengan minat you dan ada ramai lagi bakal follower suka minat yang sama di situ. Fokus kongsi konten di media sosial tersebut dengan kualiti konten yang tinggi atau kuantiti yang banyak. Kemudian singgah media sosial lain dengan pecahan konten dari media sosial utama tersebut.

Selalu komunikasi. 

Chuppp! Kerjaya influencer bukan sekadar kongi video, gambar atau konten. Kita sedang bina follower. Kita mesti selalu komunikasi dengan follower yang suka dengan konten kita. Jawab komen, kongsi peluang kerjasama dan paling penting penghargaan pada sokongan follower.

Silaturrahim influencer. 

You influencer? RM influencer? Dia influencer? Tak nafikan buat kerja influencer seorang diri memang sunyi. Nak tukar pendapat pun tak dapat bila seorang. Rapat silaturrahim buat konten sama-sama supaya boleh capai pada follower yang lebih ramai. Pegang etika nak sama-sama supaya boleh pergi lagi jauh. Hormat hubungan silaturrahim sesama influencer.

Sponsorship. 

Peluang yang ditungu-tungu setiap influencer adalah sponsorship dari jenama-jenama. Dekat sini penting silaturrahim influencer. Kita boleh kongsi rezeki dari sponsorship tersebut. Kita juga boleh tahan lama dalam industri sebab hasil kongsi peluang rezeki.

Nak jadi influencer berjaya ambil masa, semangat dan usaha terus. You cuba mula dengan 7 tips yang RM kongsi bersama you supaya boleh kukuh tapak mula bina kerjaya dalam industri ini. Paling penting dapat improve hidup follower yang suka follow kita.

“Jom jadi influencer.”

Dapatkan program terkini bersama RM.

SHARE

Comment