Categories
IMPROVE YOUR LIFE RM SHARE

HIDUP ESOK MULA DARI HARI INI

RM Rashid Majid

Lihat kehidupan orang sekeliling kita. RM pernah tertanya dalam hati, adakah mereka rasa gembira dengan hidup mereka. Boleh dapat rasa hanya segelintir yang betul – betul dapat rasa gembira dengan hidup mereka.

Ramai yang redha tidak bertempat dengan ayat ‘ini semua sudah takdir’, ‘bukan rezeki’ dan ‘sudah keturunan’. Memang betul apa yang sudah terjadi itu telah terjadi tetapi ramai redha tidak bertempat pada apa yang belum terjadi. Akhirnya peluang baik berlalu pergi tidak kembali seperti roti yang sudah tamat tempoh.

Sebenarnya peluang baik lalu depan mata adalah rezeki yang mesti kita hargai supaya boleh IMPROVE hidup pada hari esok. Hasil hidup hari esok mesti mula dari apa yang kita buat hari ini. Apa yang boleh kita mula buat? Boleh sambung baca dan belajar apa yang RM kongsi sampai habis.

Latih diri jadi seorang yang yakin.

Apa yang terjadi pada kita adalah di luar kawalan kita. Kita ada peluang kawal apa kita rasa, cakap dan buat. Nak pilih rasa malu tidak bertempat atau rasa yakin dengan hargai peluang baik yang lalu depan mata.

Nak jadi yakin tak semudah cakap ‘saya yakin’. Banyak latihan yang betul diperlukan supaya suara hati malu tidak bertempat terus tenggelam tidak timbul semula. Berhenti buat sesuatu ikut pada suara hati yang tidak bawa kebaikan pada hari esok. 

Fokus pada apa yang menjadi.

Cuba tanya pada sesiapa tentang apa yang tak menjadi dalam hidup mereka. Mesti jawapan mereka melimpah sampai kita pun boleh rasa lemas. Cuba tanya pula apa yang menjadi dalam hidup mereka. Kita mesti dapat lihat mereka ambil sedikit masa untuk fikirkan jawapannya.

Ramai sudah terlalu hanyut dengan fokus lebih pada apa yang tak menjadi dari apa yang boleh menjadi. Terlalu fokus pada apa yang tak menjadi buat ramai terlepas pandang apa yang patut kita buat. Mula fokus dan buat apa yang menjadi supaya kita dapat lihat banyak berlaku sesuatu yang luar biasa pada hidup kita.

Terima kegagalan atau kesilapan.

Tak semua perkara berlaku ikut kemahuan kita. Ramai mula letak kesalahan pada situasi dan orang sekeliling. Macam mana nak IMPROVE hidup bila terus dengan sikap begitu.

Terima kegagalan dan kesilapan adalah satu peluang yang sangat berharga. Kegagalan dan kesilapan boleh didik kita supaya lebih matang bila buat sesuatu. Malah kita boleh elak tembok halangan di masa hadapan dengan lebih pantas dari biasa – biasa.

Terus belajar IMPROVE diri.

Hidup manusia sentiasa IMPROVE ke hadapan. Karier, kehidupan dan hubungan perlukan hati yang sentiasa nak belajar IMPROVE supaya hidup rasa lebih bernyawa. Hati yang tertutup nak belajar IMPROVE bakal beri kesan rasa tertekan dan terperangkap dalam hidup. Mereka wujudkan tembok di keliling mereka yang tanpa sedar sekat mereka hingga ketinggalan dalam dunia yang bergerak laju ke hadapan.

Pada mata hati orang yang suka belajar IMPROVE hidup dapat lihat dunia pada limpahan peluang baik yang banyak walaupun dari sudut kegagalan. Hati yang suka belajar tidak takut atau malu pada peluang baik yang lalu depan mata.

Hargai diri sendiri.

Hidup dengan menjadi manusia yang lebih bermanfaat bukan hanya tentang buat baik pada orang keliling kita. Semua bermula dengan kita hargai diri sendiri dahulu. Dari situ kita belajar buat baik pada orang keliling seperti mana kita mahu orang lain buat baik pada kita. 

Layan semua orang dengan penuh hormat.

Layan orang keliling dengan penuh hormat beri benih ketenangan yang subur pada hati kita. Suasana hidup dengan saling hormat menghormati bakal mekarkan peluang baik yang tanpa disangka – sangka.

Belajar memaafkan.

Memaafkan orang memang bukan mudah sebab apa yang berlaku beri kesan pada hidup kita. Sebenarnya beri maaf pada orang bukan untuk ketenangan mereka sebab kesannya pada ketenangan kita. Hidup penuh tenang bakal hilangkan sekatan tembok yang melambatkan u gaiss capai hidup lebih luar biasa.

Mula lebih awal.

Nak lihat hidup kita cepat berlaku sesuatu yang luar biasa? Boleh cuba mula lebih awal pada apa yang kita nak buat. Contoh kita bersedia lebih awal sebelum waktu solat Subuh. Banyak perkara bermanfaat yang kita boleh buat semasa tempoh bersedia awal. Sama juga bila banyak tugas yang boleh siap awal. Kita mula ada banyak masa supaya boleh buat banyak perkara bermanfaat yang lain.

Banyak baca bahan bacaan yang baik.

Hidup berkembang ikut apa yang kita baca. Hati manusia mudah jadi seorang pemalu bila kurang membaca sebab ramai rasa kaku bila berjumpa dengan orang. Termasuk bila ada peluang baik lalu depan mata. Rasa kurang pengalaman. Sedangkan kita boleh belajar dari pengalaman orang lain melalui bacaan supaya dapat singkatkan masa bina pengalaman.

Pilih bahan bacaan yang boleh IMPROVE hidup kita sebab hati yang dipenuhi ilmu dapat selamatkan kita dari buat banyak kesilapan yang rugikan masa. Bergantung pada cara kita guna ilmu dari bacaan supaya dapat hubungkan peluang baik yang lalu depan mata dengan hari esok kita. Baca sahaja tidak beri apa – apa kebaikan selagi tidak diguna sepenuhnya dalam hidup.

Mula buat selepas belajar.

Secara mudahnya kita lihat apa yang perlu dibuat supaya hilang rasa lapar. Kita mesti hidang, suap, kunyah dan telan. Paling penting ulang sehingga kadar yang cukup supaya hilang rasa lapar.Tidak perlu sehingga keterlaluan sebab itu boleh rosakkan diri. Hasil hidup berlaku selepas kita buat tindakan. 

Tidak buat apa – apa selepas belajar juga wujudkan hasil yang kita mungkin tidak suka. Kesan jangka masa pendek, kita lupa apa yang kita belajar. Akhirnya beri kesan jangka masa panjang pada karier, kehidupan dan hubungan kita. Percaya dengan RM. Mesti ada hasil selagi kita buat selepas belajar ilmu yang baik. Hasilnya mungkin bukan hari ini tetapi mesti nampak pada hari esok di masa hadapan.

Syukur bila dapat ilmu.

RM sangat tekankan syukur sebab rasa syukur boleh tambahkan lagi nikmat. Ilmu adalah nikmat yang tak pernah habis. Sentiasa ada ilmu baru yang boleh bantu IMPROVE hidup kita. Ucap ‘Alhamdulillah’ sekiranya belajar sesuatu hari ini supaya bertambah lagi ilmu pada diri kita.

Sebenarnya u gaiss dah mula selangkah kecil nak IMPROVE hidup bila nak baca dan belajar apa yang dikongsi RM. Jadi ambil langkah kecil ini dengan IMPROVE apa kita rasa, cakap dan buat. U gaiss bakal terkejut bila banyak peluang baru mula buka jalan buat u gaiss. Hidup kita pada hari esok bermula dari hari ini.

“Esok dan selamanya.”

SHARE

Comment