Categories
IMPROVE YOUR LIFE RM SHARE

RESEPI HIDUP BERJAYA DALAM MASA 3 TAHUN

RM Rashid Majid

Nak berjaya dalam hidup lebih mudah bagi orang yang terus boleh sabar lalu perjalanan orang berjaya. Tak semestinya perjalanan orang berjaya perlu hadapi kesusahan atau kesempitan sebab itu tidak jamin kejayaan. 

Kesusahan dan kesempitan hanya cabaran yang terbentuk jadi pengalaman supaya kita boleh elak apa yang tak perlu dibuat supaya berjaya. Ramai tidak sedar sedang tenggelam di pantai invisible busy hingga akhirnya lemas dalam lautan putus asa. Tidak mudah nak bangkit semula selepas lemas dengan rasa putus asa nak berjaya.

Perjalanan nak berjaya jadi mudah bila kita dapat belajar resepi yang orang berjaya dah guna pakai. Percaya dengan RM. RM sangat bersyukur dapat jumpa ramai orang berjaya di usia muda. Hampir semua orang berjaya mempunyai resepi yang sama dan ada yang terus gagal selepas berjaya bila tidak terus guna resepi itu.

Apa yang RM belajar dengan orang berjaya.

Resepi hari ini datang daripada ilham RM. RM bukan ahli saintis walaupun bekas pelajar sains tulen. RM seorang usahawan muda yang suka belajar. RM dah cuba banyak bisnes. Ada yang masih terus bermanfaat dan ada juga yang telah tutup. Nak bangkit dari kegagalan juga mesti ada resepi supaya tak ulang kesilapan yang sama.

Ramai bila belajar resepi yang sama dengan orang dah berjaya mesti dapat lihat perubahan luar biasa pada hidup, hubungan dan kewangan mereka. Mungkin juga dapat lihat pada orang yang kita dah kenal.

Sementara itu, semua resepi ini datang dari sikap – sikap orang dah berjaya. RM dapat belajar orang berjaya suka bersilaturrahim dengan orang yang lebih berjaya dari mereka. Orang berjaya suka kumpul dalam majlis agama, kebajikan dan tempat – tempat ilmu.

“Belajar ilmu akhirat bila nak berjaya akhirat. Begitu juga bila kita nak berjaya dunia dengan cepat.”
RM

Resepi yang paling banyak IMPROVE kehidupan RM adalah keseimbangan dalam perjalanan kejayaan. Apa sahaja yang diletakan pada jalan akhirat mesti bawa pada kejayaan dunia. Orang berjaya kurang cerita keuntungan sebab kita lebih nak besarkan sungai rezeki yang terus mengalir dalam bentuk peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan zakat yang semakin melimpah setiap tahun. 

Semua rezeki yang terus mengalir dapat cipta pusingan rezeki pada lebih ramai orang lagi. Terlalu berat nak kongsi dari sudut ekonomi tetapi bahasa mudahnya adalah dalam rezeki orang lain mesti ada rezeki kita. Rezeki yang kita kongsi bersama orang lain adalah rezeki sebenar kita. Bukan apa yang kita simpan.

Silaturrahim dengan orang berjaya adalah resepi utama setiap orang berjaya. Jatuh dan gagal sekalipun tetap boleh bangkit semula selagi kita masih ada silaturrahim dengan orang berjaya. Terutama silaturrahim yang lebih berjaya sebab boleh beri inspirasi pada kita supaya jadi manusia yang banyak manfaat pada dunia.

Bagaimana silaturrahim boleh tentukan masa depan?

Siapa silaturrahim kita tentukan masa depan kita sebab silaturrahim terus jadi cermin pada apa kita rasa, cakap dan buat. Silaturrahim boleh keluarkan potensi diri walaupun u gaiss masih belum tahu nak capai apa di masa depan. Kita mula percaya pada kemampuan diri boleh capai kejayaan sebab sudah nampak orang yang dah berjaya di depan mata. 

Paling lama tempoh nak nampak kejayaan adalah 3 tahun bila terus duduk dalam silaturrahim berjaya. Mesti ada perkara yang u gaiss terlepas pandang sekiranya tidak berjaya juga.

Guna resepi ini dalam hidup kita.

Kita lihat dari sudut kehidupan kita pula. Lagi tadi kita belajar resepi orang berjaya. Sekarang kita belajar macam mana nak guna resepi orang berjaya dalam hidup kita pula. 

Lihat balik minat atau cita – cita u gaiss. Apa yang u gaiss mesti buat adalah kelilingkan diri dengan orang yang dah berjaya ikut minat atau cita -cita u gaiss. Cari silaturrahim yang boleh kritik atau bimbing kita supaya berjaya sama.

Memang susah nak jumpa silaturrahim yang dah berjaya tetapi usaha cari sekurangnya 3 orang yang boleh banyak luangkan masa bersama. Mereka mesti ada ciri – ciri,

> Jadi inspirasi luar biasa pada u gaiss.
> Bersedia dan sanggup kritik serta bimbing u gaiss.
> Sentiasa bersemangat dan boleh naikkan semangat u gaiss juga.

Kita berada di tempat yang betul selagi kita masih bersama dengan silaturrahim berjaya. Sekarang kita dah mula nampak masa depan dan paling penting dah tahu nak mula mula dari mana.

“Tunggu apa lagi?”

SHARE

Comment