Categories
IMPROVE YOUR LIFE RM SHARE

BUANG SIKAP TANGGUH YANG MEMBUNUH

“Saya akan buat esok’. Pernah u gaiss dengar ayat ini atau alasan lain yang bergema dalam hati bila nak mula buat sesuatu yang bermanfaat? Ini lah permulaan sikap tangguh yang membunuh peluang capai hidup luar biasa.

Terus baca dan belajar sebab RM nak kongsi resepi buang sikap tangguh supaya kita makin cepat capai hidup luar biasa.

Buang rasa boleh capai impian dalam sekelip mata.

Impian yang kecil tidak terjadi dalam sekelip mata. Lagi pula impian besar yang perlukan masa. Hampir semua impian tidak terjadi sekelip mata dalam satu hari. Rumah impian kita tidak terbina dalam satu hari. Termasuklah rumah tangga yang bahagia.

Hasil hidup kita pada hari ini bermula dari hari semalam, mungkin bulan lepas atau tahun lepas. Tiasa siapa boleh capai hidup luar biasa selagi tak mula bergerak ke arah hidup luar biasa. Impian yang tercapai hari esok mesti mula dari hari ini. Jadi kenapa nak tunggu esok bila ada peluang hari ini?

Buang rasa boleh buat keputusan lebih baik pada hari esok.

Ramai tak perasan rugi masa bila suka tangguh keputusan pada hari esok. Mula tangguh boleh bawa kepada merungut yang akhirnya jatuh dalam kitaran bunuh peluang hidup luar biasa. Merungut rasa dah terlambat nak buat keputusan dan tiada apa lagi yang boleh dibuat. Paling menakutkan pada waktu itu memang betul apa yang dirasakan akibat hanya dari tangguh buat keputusan.

Hari esok tidak ada beza dengan hari ini. Buat keputusan hari ini supaya boleh fokus pada keputusan lain yang datang pada hari esok. Kita juga boleh mula nampak apa yang mesti kita buat bila dah buat keputusan pada hari ini. Dah nampak kelebihan buat keputusan hari ini dari tangguh hari esok?

Buang rasa abaikan masa kini.

Hari esok adalah alasan yang terbaik sebab dengan cara itu boleh abaikan masa kini. Risiko abaikan masa kini boleh buka peluang kepada rasa kecewa. Abaikan masa kini seperti lari sembunyi di sebalik langsir dari masalah atau cabaran.

Masalah dan cabaran boleh hilang bila kita mula buat tindakan. Kita juga boleh belajar dan bina pengalaman dalam masa yang sama. Tiada masalah dan cabaran boleh hilang begitu sahaja dari hidup kita. Betul ke betul? 

Buang rasa invisible busy.

Buat apa tu yang busy sangat? Gangguan sentiasa ada bila kita nak siapkan apa yang patut. Tiba – tiba datang kerja lain yang rasa macam lebih penting dari apa yang patut kita buat. Sabar. Pastikan mana yang paling penting. Susun kerja ikut keutamaan. 

Masukkan kerja baru dalam senarai menunggu sekiranya tidak lebih penting dari kerja yang patut kita buat. Selit emosi dengan tahu kenapa kita nak buat kerja itu dulu dari kerja lain. Tanya pada diri. Kenapa nak siapkan kerja itu dahulu? 

Buang rasa tak tahu nak mula dari mana.

Ramai termasuk RM juga pernah terperangkap dalam rasa tak tahu nak mula dari mana. Tangguh demi tangguh sampai tak buat terus apa yang patut buat. Contoh nak kemas rumah atau buat perkongsian baru di sosial media. Kadang sampai terlepas waktu muat naik gambar baru di instagram.

Apa yang RM buat dalam situasi macam ni adalah mula pecah tugas. Nak kemas dari bahagian mana dahulu. Nak pilih gambar yang mana dulu. Kenal pasti mana nak mula. Perlahan – lahan kerja itu akhirnya siap. Ini baru kerja yang kecil. Bayangkan pula bila nak buat sesuatu yang lebih besar seperti nak ada rumah impian sendiri. Dah tahu nak mula dari mana? 

Buang rasa takut gagal.

Lumrah manusia takut gagal sebab tak berani nak tanggung rasa kecewa atau malu apa orang nak kata.  Hati – hati sebab u gaiss boleh lemas dengan rasa putus asa bila duduk dalam rasa takut gagal yang terlalu lama. Akhirnya dari tangguh terus tak buat langsung. Hilangkan rasa takut gagal dengan IMPROVE diri melalui tambah ilmu. Ilmu boleh kurangkan risiko gagal dan bantu kita bangun semula dari gagal. 

Tak perlu risau apa orang kata sebab u gaiss yang tahu kenapa u gaiss mulakan apa yang u gaiss buat. Percaya dengan RM. Kita berjaya sekali pun tetap ada orang kata di belakang sebab kita sudah jauh di depan bila buang sikap tangguh. Mula dari hari ini, u gaiss mesti tambah ilmu supaya tidak lagi berenang – renang di pantai tangguh. Janji?

Hidup sangat perlukan kita sebagai penentu sama ada nak kekal hidup biasa – biasa atau IMPROVE diri capai hidup luar biasa. Elak tangguh solat dan perkara wajib yang lain sebab dari situ kunci kepada pintu hidup luar biasa kita. Hidup, hubungan dan kewangan boleh jadi luar biasa bila kita dah buang sikap tangguh. Terus buat bila sudah belajar sesuatu yang baru supaya terus ingat dan bermanfaat pada hidup kita.

“Mula buat sekarang.”

SHARE

Comment