Categories
IMPROVE YOUR LIFE RM SHARE

KENAPA MASIH BELUM BERJAYA?

RM Rashid Majid

Rasa seronok bila dapat kongsi kejayaan dengan orang yang kita sayang. Kejayaan pada setiap orang berbeza – beza tapi siapa suka bila mula ada masa dengan keluarga? Siapa suka bila dapat sediakan rumah yang selesa buat keluarga? 

Siapa dapat rasa ada banyak kejayaan yang masih belum kita berjaya capai? Tidak kira dari segi hubungan, kewangan atau hidup. Kadang sampai putus asa terus lupa impian. Hidup tak ubah masih sama.

Belajar resepi hidup luar biasa belum tentu dapat capai kejayaan bila ada bahagian dalam diri masih belum sedia atau tak jumpa laluan nak keluar dari zon selesa. RM nak kongsi apa yang RM buat pada waktu masih belum berjaya. Semua orang boleh cuba.

Satu. Buang rasa malu.

Rasa malu masih perlu. Cuma ada tiga perkara yang tak patut malu dalam hidup ini. Percaya dengan RM. Kita lebih cepat capai kejayaan bila tak malu pada tiga perkara ni,

  • Buang malu pada ilmu sebab ilmu itu luas. Kita mesti dekati ilmu bukan ilmu yang perlu datang golek pada kita.
  • Buang malu dengan bisnes sebab itu pintu rezeki. Bisnes mesti ada gerakan. Tak gerak tak makan.
  • Buang malu dalam hubungan sebab pasangan sentiasa rindu perhatian. Malu nak puji. Malu nak kata sayang. Malu nak manja. Kita hidup sekali. Pasangan hidup sekali. Hidup hanya sekali ini penentu kita bertemu semula selamanya.

Dua. Belajar hidup bukan lingkup.

Berhenti ulang harian yang sama dengan harap hidup jadi luar biasa. 3 tahun hidup masih sama. 6 tahun hidup masih sama. 9 tahun? Masih lagi mahu sama? Bersihkan kesilapan lepas. Izinkan diri belajar keluar dari lingkup supaya dapat rasa hidup luar biasa.

  • Keluar dari lingkup rasa tak tahu dengan cari mentor tambah ilmu.
  • Keluar dari lingkup rezeki dengan mula niat kongsi manfaat.
  • Keluar dari lingkup hubungan dengan hargai sebelum mahu dihargai.

Tiga. Sedar kesilapan diri.

Lumrah buat silap adalah dengan minta maaf. Perkataan maaf sahaja sudah cukup sebagai pintu mula pada hidup yang baru. Dua hati lebih bersatu selepas masing – masing sedar kesilapan yang mesti diperbaiki. Sebenarnya tak perlu heboh kesilapan pada dunia. Kadang cukup mohon maaf pada diri dan janji tidak ulang lagi sebab kita tak boleh tipu diri sendiri yang diri kita punca di mana kita berdiri dalam dunia ini.

“Siapa kita hari ini tidak bergantung pada siapa kita semalam tetapi apa kita buat semalam buka laluan kepada peluang hidup luar biasa hari ini.”
RM

Rasa putus asa setelah gagal banyak kali, terperangkap dalam hubungan, dan berat hati bila ada tabung lalu depan mata adalah tanda kita masih belum berjaya. Sedar atau tidak yang hidup berulang setiap hari selagi tiada situasi berlaku. Adakah kita perlu tunggu berlaku sesuatu situasi atau kita boleh buat sesuatu dengan mula dari buang rasa malu pada perkara yang perlu, sedar kesilapan diri janji tak ulang lagi dan mula hidup luar biasa?

“Hanya sekali selamanya.”

SHARE

Comment