Categories
IMPROVE YOUR LIFE RM SHARE

HATI RASA SENDU HILANG RINDU

RM Rashid Majid

Semua pasangan ada impian mahu hidup bahagia bersama selamanya. Nak diselimut rasa kasih sayang hingga hujung nyawa. Jauh di mata tetap rasa dekat di hati. Sudah depan mata pun masih rasa rindu.

Hubungan yang bahagia tidak akan berlaku tanpa hati yang selari. Duduk dekat terasa jauh. Tandanya perlu jerit walaupun pasangan di sebelah. Hidup mula rasa terperangkap dengan pasangan sendiri. Mengeluh tanpa sebab yang kukuh. Ada sahaja tak kena pada rasa hati sampai timbul rasa benci. Rasa bahagia bila hubungan terus rasa sendu begitu?

Ramai tak tahu macam mana nak hubungan kekal rasa tenang bila saling pandang walaupun sudah bersama lebih 30 tahun sekali pun. Hubungan adalah satu perjalanan panjang. Perjalanan jadi singkat sampai hilang rasa rindu bila,

Satu. Kurang aktiviti masa lapang bersama.

Banyakkan aktiviti masa lapang bersama supaya boleh ada ruang boleh ketawa gembira. Kita lebih mudah ingat waktu suka dan sedih. Kita tidak mahu banyak ingat sedih dalam hubungan. Masa lapang bersama yang bantu kita ingat waktu suka gembira bila berjauhan atau bila pasangan sudah tiada.

Dua. Kurang kerja bersama.

Kerja tak semestinya kerja dalam bentuk karier. RM tak nafikan banyak kerja bersama buat kita mudah selesa. Selesa adalah kunci hubungan bertahan lama. Lorongkan rasa selesa dalam kerja dengan betul. Asingkan hubungan profesional dan hubungan cinta. Cara lain nak wujud rasa selesa dalam hubungan dengan pasangan adalah melalui buat kerja bersama dalam tugas – tugas di rumah seperti kemas rumah, masak atau beri perhatian pada pasangan masing – masing.

Tiga. Kurang terima perbezaan.

Setiap orang ada pendapat yang berbeza – beza. Kita mesti belajar terima tolak ansur dengan perbezaan dari pasangan. Banyak berbincang bila perbezaan terlalu kuat supaya dapat hasil yang ukir senyuman pada wajah kita dan pasangan. Selarikan semula keputusan perbincangan dengan impian nak hidup bersama dengan pasangan.

Empat. Kurang kongsi dugaan.

Kongsi dugaan adalah antara cara nak rapatkan lagi hubungan. Berdepan dan selesaikan dugaan dalam hidup bersama pasangan. Tidak perlu malu sebab kita memang perlukan kata – kata semangat dari pasangan. Begitu juga dengan pasangan yang ada dugaan dalam hidup dan sangat perlu kata – kata semangat dari kita. Elak biar pasangan hadap dugaan seorang diri hingga hilang manis makna hidup bersama.

“Kekurangan adalah peluang lihat tahap yang mesti diperbaiki dalam hubungan kita.”
RM

Empat bentuk kekurangan ini adalah bersifat sementara. Boleh datang dan pergi pada bila – bila masa. Pastikan kita beri perhatian penuh pada waktu lapang, kerja, perbezaan dan dugaan yang datang dalam hidup. Kekurangan yang sementara ini boleh jadi senyuman kekal bersama pasangan di masa akan datang.

“Kekal di hati.”

SHARE

Comment