Categories
IMPROVE YOUR LIFE RM SHARE

BULAN 2 ADALAH BULAN CINTA

RM Rashid Majid

Setiap bulan mesti ada beri peristiwa yang istimewa serta bermakna pada hidup kita. Bulan Januari beri rasa suasana permulaan baru sebab itu adalah bulan pertama pada setiap tahun. Peluang mula tahun baru dengan rasa lebih segar nak capai impian hidup. 

Begitu juga dengan bulan dua yang beri rasa hangat semanis coklat panas di musim sejuk bagi pasangan yang bercinta. Apa yang buat bulan dua rasa istimewa? Bagaimana nak guna bulan dua bantu kekal hangatkan rasa cinta bersama si dia? Jom terus baca bersama.

Sambutan.

Ramai yang tahu bulan dua ada sambutan istimewa buat pasangan bercinta tetapi bukan sambutan itu yang jadi topik utama. Suasana sambutan di bulan dua yang buat bulan ini jadi romantik supaya pasangan dapat sambut bersama. Pelbagai bisnes di luar sana menyediakan produk atau servis supaya dapat hangatkan lagi bulan ini. 

Perhatian.

Ini peluang kita manfaat suasana romantik bulan dua supaya dapat tebus balik masa yang sibuk dari bersama pasangan. Perhatian yang kita beri tersulam manis bersama suasana bulan dua. Tunjuk kita peduli dan ingat pada pengorbanan dari pasangan sebagai tanda terima kasih. RM nampak banyak coklat berbentuk love atau produk dengan bungkusan yang lebih sejuk mata memandang. Banyak restoran mula dekorasi suasana dengan tema candle light dinner atau fine dining yang romantik. Apa pun buka soal mewah yang boleh buat pasangan rasa istimewa. Kita nak buat pasangan rasa dihargai walaupun sekadar weekend trip ke pantai. Beri lebih sikit perhatian daripada biasa – biasa pada bulan ini. Suasana sekeliling di dunia sudah cukup buat pasangan tertanya – tanya perhatian dari kita.

Kejutan.

Kita mesti ingat kasih sayang tidak sama dengan pemberian hadiah yang mewah. Kejutan yang dapat penuhkan semula tangki kasih sayang. Kejutan datang dalam bentuk perhatian pada perkara – perkara kecil. Boleh bawa pasangan ke masjid yang pergi bersama pertama kali. Kemudian makan malam bersama dengan pergi ke restoran kegemaran pasangan tanpa beritahu sebelumnya. Boleh juga masak makanan kegemarannya. Banyakkan kejutan yang buat kita ingat semula kenangan lama bersama.

Paling penting getarkan rasa syukur sebab masih dapat bersama. Tak perlu tunggu bulan dua untuk sambut rasa syukur terus bersama pasangan. Doa bersama selepas solat juga dapat buat setiap hari rasa lebih bermakna. Letak nama pasangan dalam doa harian kita walaupun jauh di mata supaya terus dekat di hati.

“Selalu di hati.”

SHARE

Comment