Categories
IMPROVE YOUR BUSINESS RM SHARE

PELUANG BISNES 4 TAHUN SEKALI

Sudah tahu belum tentang tahun lompat? Tahun lompat lebih istimewa sebab hanya terjadi dalam tempoh 4 tahun sekali. Ini merupakan peluang kita yang buat bisnes supaya dapat lebih tarik perhatian pelanggan.

Semua kempen pemasaran dalam bentuk promosi atau diskaun menarik bakal gagal bila tanpa sebab yang istimewa. Selalu sangat buat promosi atau diskaun juga rosakkan aliran tunai bisnes. Akhirnya asyik lompat bisnes sebab tak tahu ilmu yang berkesan dalam bisnes. 

Hari pada tarikh 29 Februari beri peluang pada kita supaya boleh buat sesuatu yang istimewa buat pelanggan setia kita. Kita boleh manfaatkan peluang 1 hari extra pada 4 tahun sekali ini dengan,

> Adakan promosi atau diskaun menarik sepanjang hari tersebut.

> Guna nombor tarikh 29 sebagai kadar diskaun 29% atau kuantiti terhad 29 unit.

> Sertakan bonus istimewa guna nombor 29 seperti bonus percuma 29 resepi menu makanan sihat.

> Beri jaminan(warranty) pada produk atau servis anda selama 4 bulan atau 4 tahun sekiranya pelanggan buat pembelian pada 29 Februari.

> Meriahkan lagi promosi atau diskaun isitimewa dengan pembelian sekurangnya 4 kuantiti.

> Buat produk atau servis istimewa yang hanya keluar 4 tahun sekali seperti kek tahun lompat atau pakej tahun lompat.

> Boleh juga buat promosi atau diskaun istimewa secara live dalam tempoh 29 minit pada pukul 2.00pm dan tamat pada 2.29pm. Terhad lagi dengan kuantiti 29 unit sahaja sekiranya nak buat tawaran lebih istimewa berseri.

Pelanggan sangat tertarik dengan sesuatu yang baru, menarik dan terhad. Ini bantu pelanggan cepat ambil peluang supaya tidak ketinggalan dapat produk atau servis kita. Pelanggan juga tidak lagi lompat – lompat dan setia shopping dengan kita sebab kita sentiasa ingat pada mereka pada hari – hari istimewa.

“Selamat tahun lompat.”

SHARE

Comment