Categories
IMPROVE YOUR LIFE RM SHARE

RESEPI SAYANG TILL JANNAH

RM Rashid Majid

Kisah cinta manis bergula jadi impian setiap orang. Ada pasangan yang hidup romantik secara semula jadi tetapi ada yang rasa macam satu cabaran bila nak hidup bermanis – manis manja. Mungkin ramai masih belum terbiasa dengan persediaan nak hidup bersama.

Hilang kemanisan dalam hidup berpasangan boleh buat hidup rasa terperangkap sedangkan Jannah itu tempat yang selama – lamanya. Rasa terperangkap ini yang jadi punca pasangan mula tidur tidak sebantal dan akhirnya berpisah di usia tua.

RM nak kongsi tips sayang till jannah yang u gaiss mesti jadikan sebagai gaya hidup berpasangan mulai hari ini. Hasil hidup bahagia u gaiss juga bakal bantu pada kebahagian anak – anak u gaiss di masa hadapan. 

1 . Jadi pendengar yang baik.

Nak hidup bersama till Jannah mesti berkait rapat dengan komunikasi. Bukan dalam dunia bisnes sahaja tetapi dalam hubungan juga perlukan komunikasi. Komunikasi yang penuh kasih sayang datang dari pendengar yang baik. Menjerit – jerit adalah tanda hati sedang berjauhan. Masing – masing ingin suara hatinya didengari walaupun apa yang keluar di mulut tidak langsung sampaikan apa yang di hati. Malah makin keruh keadaan sebab tiada pihak yang mendengar. Mula jadi pendengar yang baik. Sampai masa, bicara dengan mata pun sudah cukup apabila kedua – dua jadi pendengar yang baik.

2. Kejutan adalah penyeri hidup berpasangan.

Rutin adalah membosankan. Terutama dalam hidup berpasangan. Kejutan tak bermakna perlu berbelanja besar. Kita boleh buat sekecil – kecil perkara yang boleh dekatkan lagi hati pasangan dengan kita seperti tinggalkan nota kata semangat di dalam beg kerja pasangan.

3. Sentiasa beri pujian.

Lumrah manusia suka dapat pujian tetapi lebih rasa gembira bila dapat pujian dari orang yang kita sayang. Pujian adalah kata – kata semangat yang buat hati kita terus rasa bernyawa dalam sesuatu hubungan. Percaya dengan RM. Hubungan lebih bahagia bila kita sentiasa beri pujian.

4. Elak keterlaluan.

Rasa rimas datang bila pasangan lemas dengan sikap keterlaluan. Sentiasa guna resepi formula KISS bila nak buat sesuatu. Apa itu resepi formula KISS? Keep it simple sweet.

5. Luang banyak masa ibadah dan kebajikan bersama keluarga.

Banyak aktiviti ibadah dan kebajikan bersama supaya dapat selarikan rohani. Aktiviti ibadah dan kebajikan didik manusia dengan rasa syukur supaya dapat tutup ruang hati dari rasa kosong. Hati yang penuh rasa syukur sentiasa hargai masa bersama keluarga.

6. Selarikan doa bersama pasangan.

Doa adalah pengikat hati pasangan yang bercinta. Doa impian nak till jannah bersama dan juga impian – impian lain yang nak dicapai. Doa bila berdua lebih luar biasa dari doa berseorangan.

Ambil peluang bangun pada sepertiga malam selepas kita cuba semua tips ini. Usaha tidak beri kesan melainkan dengan izin dari pencipta kita. Mohon doa dengan banyak syukurkan peluang masa bersama pasangan yang dianugerahkan pada kita. Apa pun semua bermula dari diri kita sebab what you give is what you get back.

“Sayang till Jannah.”

SHARE

Comment