Categories
IMPROVE YOUR LIFE RM SHARE

PERNAH RASA PUTUS ASA DALAM HIDUP?

Pernah rasa putus asa

Setiap manusia diuji dengan cara berbeza- beza. Pernah tak satu saat yang rasa cukup usaha sampai sini jerr atau termenung sebelum tidur apa nak buat lagi esok hari. Lepas tu nangis gigit bucu bantal. Ngaku cepat. Bucu bantal tu tak mungkin tapi rasa buntu tu mesti ada. Pernah ke pernah?

Ramai yang dah buntu langgar tembok keras tahap putus asa suka cakap ‘dah nasib’, ‘ini semua takdir,  atau paling popular ‘sudah keturunan’. Cakap sampai jadi zikir putus asa harian pula tu.Putus asa macam ni bukan jerr  buat kita lemas seorang diri. Sikit banyak mesti jangkit sakit pada orang keliling lagi. 

“Putus asa yang berpanjangan adalah hasil impian yang tidak sampai manfaat pada ramai orang.”

Putus asa ni boleh buat hidup biasa-biasa jadi lebih melarat. Bayangkan bangun pagi tak nak senyum sebab putus asa. Anak suami pun jangkit tak nak senyum sampai ke sekolah pejabat. Suasana rumah tangga, tempat kerja, dan sekolah pun jadi satu negara yang diberi nama putus asa.

Belum lagi usahawan yang nak tengok muka pelanggan setiap masa. Percaya dengan RM, semua orang tak suka rasa putus asa bersarang dalam hati. Cuma ramai tak tahu macam mana nak pecahkan tembok buntu rasa putus asa.

Sama ada putus asa sebab hilang kerjaya peluang bisnes, putus hubungan, atau apa jerr peristiwa yang buat pagi rasa suram dengan selimut muram, u gaiss rasa bagus ke tak bila terus layan rasa putus asa? Siapa rasa tak bagus? Apa kita boleh mula IMPROVE supaya tak terus hidup dengan luka putus asa?

“Rasa satu cubitan di hati bila saya dapat lihat luka putus asa di mata orang yang dah terlantar cerita tentang impian. Kenapa masih terus biar hidup dirantai putus asa bila kita dah diberi peluang dan masa”

RM

RM Rashid Majid

Cantas 3 Duri Punca Hati Luka Putus Asa.

Kita nak buang rasa putus asa tapi ramai lagi tak tahu apa yang buat manusia rasa putus asa. Kita hanya boleh IMPROVE apa yang kita dah belajar. Hidup perlukan peristiwa supaya kita belajar. Sebenarnya, siapa selalu putus asa sedang lemas dengan 3 peristiwa hidup yang jadi duri punca hati luka putus asa. 

Satu. Duri peristiwa kehilangan.
Semua orang akan rasa kehilangan tapi tak bermakna jadi satu perkara yang mudah buat kita. Hilang orang yang paling rapat dengan kita adalah peristiwa sedih buat semua orang. Hilang kerjaya atau peluang bisnes boleh buat hidup rasa sudah tiada harapan. Putus hubungan walaupun serasi lagi guris hati dengan tinggalkan rasa kosong kecewa dalam diri.

Dua. Duri peristiwa kekurangan.
Kekurangan selalu dianggap titik pengakhiran hidup hingga rasa diri lemah. Puncanya ada peristiwa hidup yang buat kurang yakin pada diri. Rasa orang lain ada kelebihan peluang dan diri sendiri pula penuh kelemahan pantang. Kurang yakin pada diri sendiri hingga lupa, sebenarnya kekurangan adalah titik permulaan bukan titik pengakhiran.

Tiga. Duri peristiwa ketidaklayakan.
Rasa tidak layak adalah luka putus asa yang paling parah. Gagal bisnes mula sibuk cari kerjaya sebab putus asa rasa bukan keturunan berniaga. Kekal bertahun-tahun di kerjaya yang sama walaupun peluang jawatan baru diberi depan mata. Ada yang tidak mahu beri peluang pada diri kenal pasangan baru kerana hati pernah kecewa. Rasa luka putus asa tak layak selalu sekat semangat mahu mula sesuatu yang luar biasa.

“Belum mula sudah risau gagal. Ini sebab ramai takut mula walaupun peluang depan mata.”
RM

Sekarang dah tahu punca luka putus asa. Ada tiga pula cara cantas duri punca hidup biasa-biasa putus asa.

Rasa kehilangan adalah milik semua orang. Kehilangan satu bentuk peringatan buat diri supaya tahu apa yang perlu kita IMPROVE dalam hidup. Tak perlu nak tunggu dah hilang baru nak IMPROVE. Elak pula sedih gigit bucu bantal terlalu lama dengan peluang yang dah lepas. Hargai dengan penuh perhatian pada sekecil-kecil peluang yang masih ada atau bakal tiba.

Putus asa sebab rasa kekurangan adalah satu tanda kita dah sampai fasa pilihan hidup keluar zon selesa. Pilihan di mana kita sedang berada di simpang jalan. Sama ada u gaiss pilih jalan hidup biasa-biasa zon selesa yang sama atau zon selesa baru dengan hidup luar biasa. Hidup luar biasa hanya rasa manis bila kita pilih jalan yang boleh IMPROVE hidup kita.

Hilangkan rasa putus asa tak layak dengan datang kumpul bersama orang sudah berjaya. Guru akhirat dan mentor dunia sentiasa boleh cepatkan proses kejayaan kita. Suara hati sangat rapuh pada waktu putus asa dan mudah terima nasihat sesiapa sahaja. Paling penting siapa yang boleh tunjuk jalan supaya IMPROVE hidup lebih luar biasa.

Duri yang mana buat hati u gaiss terus luka putus asa? Cantas pantas! Hargai peluang hidup kita sebelum umur ditelan masa. Mula IMPROVE hargai hubungan kita dengan orang sekeliling.

“Rehat bila penat.”

SHARE

Comment