Pernah gagal berniaga? Pernah terpaksa tutup bisnes? Pernah tukar-tukar bisnes? Pernah nangis gigit bucu bantal bila stok tak habis bawah katil?
U gaiss tak keseorangan. 9/10 rezeki datang dari perniagaan tetapi 9/10 perniagaan hangus bungkus bila mula tanpa ilmu. Banyak bisnes tutup pada tempoh tiga tahun pertama berniaga.
Bisnes bukan perjalanan yang biasa-biasa walaupun sudah jadi biasa orang lemas putus asa selepas gagal berniaga. Tak semua orang berjaya bisnes lepas cubaan kali pertama, kali kedua atau kali ketiga.
Siapa berjaya dalam bisnes pula tak bergantung pada berapa teruk atau banyak tembok gagal yang dilanggar. Resepi berjaya dalam bisnes ialah berapa pantas kita boleh bangun mula semula selepas gagal berniaga.
Gagal macam mana pun bisnes, stok tak habis bawah katil, atau diisytihar muflis, ilmu boleh bantu kita untuk berjaya luar biasa. RM kongsi resepi mula semula selepas gagal berniaga supaya u gaiss terus berjaya luar biasa.
“Kegagalan sedang dekatkan kita pada pintu kejayaan selagi tidak lemas dengan putus asa.”
RM
#1 Gagal memang berbisa tetapi rasa takut adalah satu pilihan.
Nak mula semula selepas gagal berniaga memang menakutkan. Kita boleh rasa takut kehilangan orang tersayang, takut pada pelanggan tak terima kita, atau takut gagal lagi. Rasa takut adalah pelampung harapan terakhir sebelum lemas putus asa.
Gagal memang rasa berbisa tetapi rasa takut adalah satu pilihan. Kita boleh pilih untuk guna rasa takut supaya lebih sungguh-sungguh atau biar rasa takut terus jadi tembok yang sekat henti perjalanan bisnes. Sebenarnya orang yang pernah gagal lebih cepat berjaya luar biasa sebab sudah tahu jalan mana yang ada tembok penghalang.
Pengalaman gagal berniaga boleh guna semula bila buat keputusan-keputusan bisnes elak ulang kegagalan yang sama supaya lebih berjaya luar biasa.
“Apa yang halang atau cepatkan seseorang dari capai impiannya adalah kepercayaan suara hatinya sendiri.”
RM
#2 Cari kepercayaan luar biasa suara hati.
Ada banyak sebab yang boleh halang mula semula selepas gagal berniaga. Penghalang utama adalah kepercayaan suara hati yang hampir lemas putus asa.
Gagal bisnes boleh rapuhkan suara hati dalam sekelip mata bagi yang belum biasa belajar dari kegagalan. Suara hati yang rapuh akan tutup semua jalan peluang mula semula hingga lemas putus asa.
Lain pula suara hati yang luar biasa sudah dilatih belajar proses tukar kegagalan jadi panduan buat keputusan dalam hidup dan bisnes.
Waktu gagal sudah tiada apa-apa, suara hati yang luar biasa pasti paksa kita mula semula dengan apa yang ada di tangan. Kepercayaan suara hati luar biasa datang bila kita tahu kenapa buat apa yang kita buat.
“Tindakan dengan ilmu yang luar biasa tentukan hasil hidup luar biasa.”
RM
#3 Tanam rasa terus nak buat tindakan selepas belajar.
Kegagalan hancurkan orang yang selesa selepas belajar sebab pada kepercayaan dia yang orang lain berjaya kerana bakat. Dalam masa yang sama rasa dah tahu buat seseorang rasa selesa tak buat apa-apa tindakan.
Orang yang berjaya luar biasa faham bakat terbina dari gabungan ilmu dengan tindakan demi tindakan termasuk tindakan mula semula selepas gagal. Rasa dah tahu tak bawa kita ke mana-mana selagi belum mulakan tindakan.
Belajar dari kegagalan supaya boleh terus buat tindakan mula semula dengan elak ulang jalan yang gagal sebelum ini. Ilmu hanya boleh bantu tindakan kita supaya lebih fokus dan tekun untuk capai hasil hidup luar biasa.
“Apa kita rasa, itu yang kita buat.”
RM
#4 Belajar tukar apa kita rasa.
Apa kita buat bila rasa sedih? Apa kita buat bila rasa malu? Apa kita buat bila rasa gembira? Apa yang kita rasa tentukan tindakan kita.
Tindakan akhirnya jadi hasil hidup kita. Memang normal rasa sedih selepas gagal tetapi elak biar rasa sedih terlalu lama. Tindakan pertama bila rasa sedih selepas gagal adalah kumpulkan diri kita dalam kumpulan orang berjaya.
Nak berjaya bisnes masuk dalam kumpulan yang buat bisnes juga sebab orang bisnes jerrr dah rasa gagal dan tahu apa nak buat untuk mula semula selepas gagal berniaga.
Kita tak mahu juga buat keputusan-keputusan bisnes dalam keadaan sedih, tertekan atau kecewa. Tukar apa kita rasa bila gagal sebagai peluang bantu kita buat keputusan bukan nak lemahkan kita.
“Selalu ulang tindakan sama yang biasa, hasilnya pun sama biasa-biasa. Nak hasil hidup luar biasa, tindakan mesti lebih luar biasa. “
RM
#5 IMPROVE perjalanan bisnes yang lebih luar biasa.
Waktu kita terima hakikat gagal sebahagian dari proses perjalanan bisnes, kita lebih tenang dan nampak jelas senarai tembok yang jadi halangan pada bisnes.
Orang yang berjaya guna kegagalan sebagai peluang IMPROVE perjalanan bisnes supaya lebih luar biasa. Manusia cepat rasa selesa bila tak diuji dengan proses gagal.
Rasa selesa yang halang manusia dari hidup biasa-biasa capai hidup lebih luar biasa. Mula semula dengan buat apa yang kita rasa tak selesa dan lebih luar biasa.
Pantau susun perancangan dalam bisnes supaya tak ulang kesilapan yang sama. Satu perubahan kecil dalam buat keputusan pun dah boleh bawa hasil yang luar biasa.
“Dekat sekolah, kita belajar baru diberi ujian supaya dapat tengok tahap kefahaman kita. Dalam hidup, kita diberi ujian dulu supaya boleh belajar. Faham faham?”
RM
#6 Tawakal selepas usaha.
Orang yang berjaya bukan jerr sangat percaya boleh berjaya, mereka juga percaya proses tawakal selepas usaha. Sentiasa doa mohon petunjuk, ilmu, atau jalan sebelum mula dan tawakal serah diri selepas usaha.
Yang gerakkan hati manusia adalah Maha Pencipta. Kita adalah insan terpilih bila tak putus asa nak mula semula selepas gagal berniaga. Gagal itu sendiri sedang tolak kita supaya berada pada laluan kejayaan yang lebih luar biasa.
Nak berjaya mesti hargai setiap peluang yang lalu depan mata. Masih ada peluang mula semula selagi kita boleh bangun esok pagi. Terus doa, usaha dan tawakal setiap hari.