Categories
IMPROVE YOUR LIFE RM SHARE

KELEMAHAN DIRI YANG TERHIJAB

RM Rashid Majid

Tiada manusia sempurna melainkan hanya manusia luar biasa yang sentiasa terus tambah ilmu supaya boleh kongsi banyak manfaat. Suluhan ilmu dapat cerahkan kehidupan seseorang sekiranya hormati adab ilmu. 

Tanpa hormati adab ilmu boleh bawa manusia tersasar dari jalan yang lurus hingga buang masa dan rugi umur. Hilang adab ilmu sekat penyampaian ilmu itu sendiri. Ilmu yang tidak sampai buat manusia rasa,

  • Perlu ke saya belajar semua ni?
  • Saya malu nak belajar sebab muda lagi.
  • Rasa macam takut nak cuba benda baru.
  • Saya tak nak habiskan apa yang saya mulakan.
  • Kenapa saya tak terus buat je?
  • Saya rasa macam semua tak penting lagi dah.
  • Boleh ke nak buat semua ni?
  • Kalau gagal macam mana nanti?
  • Apa orang kata pasal saya?

Semua ini antara suara hati yang sekat potensi diri. Suara hati macam ini selalu keluar bila u gaiss sedang dalam pertimbangan sama ada nak kekal di zon selesa biasa – biasa atau terus IMPROVE hidup jadi luar biasa. Lepas tu banyak buat keputusan hidup yang buang masa dan rugi umur sebab kurang ilmu.

Hidup selalu rasa sempit dihimpit gagal selagi tidak buang kelemahan yang terhijab. Terus baca bila nak tahu apa kelemahan terhijab ramai orang termasuk kita. Hati mungkin rasa semua macam biasa tetapi cuba lihat manfaat kita pada orang keliling. 

Siapa rasa nak tambah lagi manfaat pada orang yang kita sayang mesti buang kelemahan yang jadi sekatan hidup luar biasa. RM nak kongsi cara keluarkan kelemahan itu dan IMPROVE hidup kita ke arah lebih luar biasa.

Mula – mula senaraikan satu kegagalan diri.
Contoh : Gagal masak tomyam/ gagal bisnes/ gagal hubungan.

Kemudian cari punca kegagalan tersebut. Boleh lebih dari tiga.
Contoh : Tiada orang nak ajar/ pelanggan tak nak beli/ tak dapat perhatian.

Seterusnya keluarkan satu sebab punca kegagalan dari diri sendiri. Satu sahaja.
Contoh : Tak cari orang yang boleh ajar/ tak pandai jual/ kurang beri perhatian.

Akhir sekali janji pada diri.
Contoh : Saya janji nak cari orang yang boleh ajar/ saya janji nak belajar jual/ saya janji nak beri lebih perhatian pada pasangan.

Siapa yang kotakan janji adalah manusia yang luar biasa. U gaiss boleh cuba guna resepi formula di atas tanpa kira apa pun kegagalan dalam hidup. Kelemahan yang terhijab adalah kita lupa lihat kesilapan dari sudut diri sendiri. Ramai suka lihat kegagalan dengan cari punca luar sebelum punca dalam.

Punca luar = Tidak boleh dikawal

Punca dalam = Boleh dikawal

Tiada siapa boleh kawal diri kita melainkan diri kita sendiri (dengan izinNya). Antara satu adab ilmu selepas belajar adalah terus buat supaya tak lupa. Peluang masih ada selagi orang yang kita sayang masih bersama.

“Hargai setiap peluang.”

SHARE

Comment