Pada minggu lepas, RM dapat jumpa beberapa silaturrahim ekonomi yang baru mula bisnes. Mereka tanya RM, “Kenapa pelanggan tak ramai.” Soalan macam ni satu tanda usahawan yang sedang lemas.
RM faham situasi mereka yang baru berenang di lautan bisnes. Mereka sungguh-sungguh mula bisnes pun sebab ada orang bergantung di bahu mereka terutama keluarga. Bukan keluarga kita sahaja, keluarga team kita pun paut berat di bahu kita. Tak adil nak kata, “Ini semua rezeki” tapi lupa proses rezeki. Soalan “kenapa pelanggan tak ramai” bila tak diubat boleh jadi “Saya dah tukar bisnes” atau paling rasa seperti cubitan di hati RM bila dia cakap “Saya putus asa dengan bisnes. Sekarang dah kerja 8-5”.
“Kerja 8-5 juga satu bentuk bisnes. Kita sedang bisnes masa kita bantu satu pelanggan iaitu majikan.”
RM
Tak salah nak kerja 8-5. Kerja 8-5 pun boleh bantu bisnes yang baru mula. Cuma ramai terus kuburkan impian bisnes sebab lupa kenapa kita mula bisnes. Cari balik kenapa kita mula. Kita cuma belum jumpa cara. Rehat bila penat. Tiada istilah putus asa buat yang nak mula bisnes. RM cadangkan bagi yang kerja 8-5 tak terus berhenti kerja tanpa rasa dulu cubitan, luka, dan lemas dalam dunia bisnes.
Of course ada resepi formula nak berjaya bisnes. Berjaya sampai kita pula boleh sediakan peluang pekerjaan. Itu antara satu resepi rezeki diberkati. Jadi apa tembok batu yang buat bisnes gagal dapat pelanggan? Ada banyak sebab tapi tiga ni paling ramai buat.
“Satu kesilapan kecil bila dikumpul-kumpul sepanjang mula bisnes boleh jadi kesilapan besar. Penting mula bisnes dengan ilmu.“
RM
Satu. Malu-malu nak kenal.
Wujud tembok antara pelanggan dengan u gaiss selagi tak kenal. Berkenalan adalah cara terbaik nak pecahkan tembok dengan cepat supaya boleh bina jambatan kepercayaan. IMPROVE lagi jambatan kepercayaan dengan jujur. Tak perlu paksa pelanggan buat keputusan terburu-buru. Berkenalan dengan pelanggan dulu.
Dua. Malu-malu kumpul silaturrahim.
U gaiss buat bisnes kecantikan tapi simpan kawan suka travel. Peminat travel lebih suka fashion sebab boleh tukar-tukar baju bila travel banyak tempat. Begitu juga siapa yang bisnes makan tapi duduk dalam silaturrahim pergi gym. Akhirnya u gaiss tukar-tukar bisnes sebab tak berkumpul dalam silaturrahim yang perlukan bisnes u gaiss. Berkumpul dalam silaturrahim yang betul-betul perlukan dan bantu IMPROVE bisnes kita.
Tiga. Malu-malu tarik perhatian.
U gaiss mesti belajar IMPROVE tarik perhatian supaya pelanggan nampak apa yang u gaiss ada boleh bantu dia. U gaiss boleh buat live, kelas di rumah, atau paling mudah rajin share di social media. Kita ada berjuta-juta lemon pengguna social media. Antara mereka mesti ada yang nak cantik, nak makan atau nak baju baru. Pelanggan mula follow kita dengan syarat dia nampak bisnes kita.
Pecah tiga tembok ni pun dah boleh IMPROVE bisnes kita bernyawa semula lagikan yang baru mula. Percaya dengan RM, kita boleh berjaya bila pelanggan suka follow kita. Kucing sekali pun yang follow kita tetap pemilik kucing yang bisnes dengan kita. Bina silaturrahim dengan semua orang sebab mungkin bukan dia sahaja perlukan bisnes kita tapi kenalan dia pun perlukan bisnes kita.
Cukup tak tips ni? Nak ke nak tips lagi? Siapa nak lagi boleh follow RM di whatsapp. RM kongsi tips-tips terbaru dan update bila ada new sharing. Siapa tertinggal bas, jangan nangis gigit bucu bantal okehh.
“Tambah ramai silaturrahim.”