Categories
IMPROVE YOUR LIFE RM SHARE

7 RAHSIA HIDUP LUAR BIASA

Rashid Majid

Luar biasa ni macam mana? Ini boleh kata jadi pertanyaan buat semua orang bila sebut hidup luar biasa. Orang yang biasa senam jaga makan minum akan rasa hidup sihat tu hidup biasa tetapi cuba kita lihat pada waktu mula.

Nak bangun pagi rasa tak jumpa mana simpan rasa cergas. Asing diri dari keluarga atau kawan. Penat dengan hidup. Solat rasa kosong. Doa hilang rasa nikmat. Ini baru maksud biasa-biasa.

Adakah luar biasa perlu dipaksa? Tak perlu paksa bila kita tahu formulanya. RM kongsi 7 rahsia hidup luar biasa buat u gaiss supaya kita sama-sama dapat rasa maniss hidup luar biasa. Ini baru sikit tapi cukup sebagai permulaan u gaiss supaya boleh IMPROVE hidup biasa-biasa kepada hidup luar biasa.

Rashid Majid

#1 Tahu Kenapa Kita Buat Apa Yang Kita Buat

Kita boleh IMPROVE hidup yang ada tujuan. Celik mata bangun pagi, sarapan makan roti, scroll media sosial tengok ootd, dan biarkan hidup lalu pergi begitu sahaja tak boleh tambah baik kehidupan yang sekali ni. Kita kena superr cergas pantas tahu apa nak siapkan pada hari tu walaupun ada cabaran hujan atau panas. Hidup superr maniss dengan tujuan tak kira bila di rumahku syurgaku, tempat kerja lombong gali permata rezeki dan dunia simpanan bekalan selamanya. Tahu tujuan sahaja dah boleh tambah rasa manissnya hidup yang tak dapat dibayangkan.

RM Rashid Majid

#2 Curah Perisa Positif Pada Semua Cabaran

Hidup sentiasa ada cabaran yang jadi kayu ukur tahap kita keluar dari zon selesa biasa-biasa. Lebih banyak cabaran mantap kita hadap, lebih banyak peluang kita boleh berjaya dan tak kurang juga yang gagal. Macam mana kita respon pada gagal, itu yang buat kita superr special. Kekal positif tak kira apa cabaran boleh buat kita tetap sabar tahan dan sedia hadap peluang cabaran seterusnya.

RM Rashid Majid

#3 Sedar Setiap Tindakan Beri Kesan

Semua hasil hidup luar biasa atau biasa-biasa datang dari tindakan. Setiap limpahan tindakan beri kesan walaupun kita tak buat apa-apa tindakan. Tiada istilah tak buat apa-apa dalam hidup tetapi harap buah hasil hidup luar biasa jatuh ke riba. Berharap itu sendiri baru dalam fasa benih permulaan tindakan walaupun belum tindakan terbaik yang sebenar. Ini bukan tentang beri tindakan yang terbaik dengan cara lari lelajuss tutup mata, ini tentang tahu tahap kekuatan tindakan dan selarikan pada hasil hidup luar biasa yang kita mahukan.

RM Rashid Majid

#4 Tahu Semua Orang Unik, Berbeza dan Luar Biasa!

Perjalanan hidup manusia berbeza-beza. Semua orang ada tekanan untuk letak diri mereka di depan setiap hari. Akhirnya mereka lebih kecewa hiba berteman duka lara. Kita tak perlu ikut-ikut turut semua orang. Lihat dunia dari kaca mata orang yang ada tujuan kerjasama sangat bantu luar biasakan hidup kita. Kita contohi gaya nabi dan sahabat-sahabatnya yang memang dianugerahkan sebagai role model kita.

RM Rashid Majid

#5 Sambut Perjalanan Hidup Dengan IMPROVE

Apa yang buat kita terus hidup luar biasa? Masa lalu? Keluarga? Atau ketakutan? Atau kita terus fokus pada capai kejayaan. Kejayaan apa nak difokus? Fokus untuk IMPROVE (tambah baik) apa yang buat hidup lebih superr maniss bermakna.

RM Rashid Majid

#6 Jangka Sesuatu Yang Tak Dijangka

Apa boleh buat bila sesuatu yang tak dijangka terjadi? Apa pun, sesuatu yang tak dijangka  sentiasa terjadi dalam hidup. Kita tak rasa superr maniss kejayaan bila tak pernah gigit pahit kegagalan. Gagal yang buat kita belajar sesuatu supaya dapat elak silap buat keputusan hingga sampai puncak gunung jaya. Pada waktu sesuatu yang tak dijangka datang muncul diri, penting bagi kita untuk respon dengan ilmu supaya dapat belajar sesuatu dan keluarkan kita dari zon selesa biasa-biasa.

RM Rashid Majid

#7 Syukur Nikmat Sekecil Semut Sekalipun

Syukuri pada hidup yang sekali ini. Hargai masa yang diberi.  Manfaatkan limpahan nikmat yang dianugerahkan pada kita. Bertindak dengan setiap ilmu yang kita belajar. Sentiasa beri semula selepas terima. Setiap apa yang kita simpan bakal jadi takungan kerana tiada aliran berterusan. Sebenarnya apa yang kita beri jadi bekalan kekal selama-lamanya. Apa yang disyukuri pasti dilimpah tambah lagi.

Ini formula 7 rahsia hidup luar biasa buat u gaiss. Sentiasa IMPROVE hidup supaya lebih superr maniss rasa dunia ni. Banyak lagi nak share dengan u gaiss. Azan Asar pun dah dengar dari surau rumah RM. Apa kata lepas u gaiss solat nanti, ambil masa sikit untuk syukur anything. Anything? Yes anything. Sometimes kita tak sedar ada banyak perkara yang boleh kita syukurkan dalam hidup. RM pun syukur u gaiss boleh baca sampai habis. RM doakan hidup u gaiss terus superr luar biasa lepas ni. 

“Syukur tambah nikmat.”

SHARE

Comment